F.A.Q. F.A.Q.

Back

Perkhidmatan Jurnal dan Pangkalan Data

Mengapa ada bahan yang tidak boleh dimuat turun melalui pangkalan data Science Direct?

Ada 3 kebarangkalian:

  1. Bahan tidak boleh dimuat turun kerana Jurnal/bahan tersebut tidak termasuk di dalam senarai Jurnal/bahan yang dilanggan oleh PTAR. Maka dengan itu, pengguna hanya dapat membaca abstraknya sahaja.
  2. Bagi Judul/Bahan yang dilanggan oleh PTAR, sekiranya muat turun tidak boleh dilakukan, mohon semak perisian PDF yang digunakan, ianya haruslah versi yang sama seperti yang disyorkan oleh Science Direct atau pun versi yang lebih terkini.
  3. Kemungkinan ketiga kegagalan muat turun adalah kerana gangguan pangkalan data itu sendiri. Mohon laporkan kepada Pustakawan PTAR.


Adakah pangkalan data Web of Science (WoS) melanggan bahan berbentuk teks penuh?

  • Tidak.
  • PDDT WoS merupakan pangkalan data Tools atau pangkalan data Indeks. Teks penuh yang didapati melalui WoS adalah teks penuh dari PDDT lain yang dilanggan oleh PTAR sendiri dan juga dari sumber terbuka (open access).


Bagaimana ingin mengakses pangkalan data Science Direct?

  1. library.uitm.edu.my
  2. Click pada pautan Database Subscribe by UiTM
  3. Masukkan id: no pelajar dan password iaitu no i.c
  4. Click pada Online database
  5. Click pada science direct freedom collection
  6. Mulakan carian anda.


Adakah pihak perpustakaan melanggan standard?

  • Pada tahun 2016 PTAR melanggan kepada British Standard Online Complete Set (PDDT Standard)

KM Activities