F.A.Q. F.A.Q.

Berapakah anggaran peruntukan perbelanjaan bagi fakulti di pameran buku?

  • Peruntukan perbelanjaan bagi fakulti di pameran buku adalah bergantung kepada agihan bajet semasa yang diperuntukkan universiti.
  • Sebarang keperluan khusus / program baharu perlu dimaklumkan ke pihak Perpustakaan supaya agihan peruntukan ini dapat memenuhi keperluan yang dinyatakan.


Bagaimana agihan perbelanjaan mengikut fakulti dilakukan?

  • Agihan perbelanjaan adalah mengikut keutamaan yang telah ditetapkan universiti / projek tertentu dan gugusan-gugusan yang berkaitan (Sains & Teknologi, Sains Sosial & Kemasyarakatan dan Pengurusan & perniagaan. 
Bolehkah fakulti mencadangkan buku bagi program baharu?
  • Rujuk Soalan 1.
Bolehkah pihak perpustakaan menyediakan buku bagi program baharu sebelum kemasukan pelajar?
  • Pihak fakulti perlu memaklumkan keperluan bahan bagi program baharu selewat-lewatnya 6 bulan sebelum program dijalankan.
Bolehkah pihak fakulti membuat cadangan bahan ebooks?
  • Cadangan bahan ebooks perlu dikemukakan ke Bahagian Pengurusan Terbitan Bersiri & Sumber Elektronik.
Bilakah tarikh pameran buku akan diadakan?
  • Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur lazimnya diadakan pada akhir April setiap tahun. Hebahan program ini adalah melalui media semasa.
  • Pameran/Pesta Buku PTAR akan dibuat mengikut keperluan. 
Adakah dibenarkan program Master (By Research) membuat cadangan bahan?
  • Cadangan oleh pelajar boleh disalurkan ke Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) fakulti masing-masing.
  • Seterusnya, MPP perlu mendapatkan kelulusan/sokongan Dekan sebelum dikemukakan ke Perpustakaan.
Bolehkah pihak fakulti membuat cadangan bagi buku terbitan lama; sebagai contoh buku yang diterbitkan pada tahun 1970an?
  • Pihak Perpustakaan memproses cadangan judul yang dikemukakan mengikut keperluan pihak fakulti tanpa had tahun terbitan.
Berapa lamakah jangkamasa pembelian bahan oleh perpustakaan?
  • 3 – 6 bulan.
  • Tempoh perolehan bahan ini juga bergantung kepada status bahan di pasaran samada Out of Print, Out of Stock dan sebagainya.
Bolehkah pihak fakulti memohon standard khusus bagi fakulti?
  • Boleh.
  • Sekiranya bahan berkenaan terdapat dalam bentuk elektronik dan bercetak, Perpustakaaan akan membuat perolehan bagi bentuk elektronik. 
Bagaimana membuat cadangan bahan ejournal?
  • Cadangan bahan ebooks perlu dikemukakan ke Bahagian Pengurusan Terbitan Bersiri & Sumber Elektronik.
Adakah perpustakaan mewujudkan sistem reminder bagi mewar-warkan kepada fakulti jumlah terkini yang telah dibelanjakan?
  • Jumlah terkini baki peruntukan boleh dilihat oleh Dekan setiap fakulti melalui Dean’s Portal (Sistem WILS).
Adakah pensyarah UiTM Shah Alam dibenarkan membuat cadangan bagi fakulti di kampus lain (bagi bahan/tajuk yang sama)?
  • Setiap cadangan judul baharu akan diproses menggunakan bajet perpustakaan kampus masing-masing. Sehubungan itu, cadangan judul baharu berkenaan perlu dikemukakan ke perpustakaan kampus yang berkaitan.
Bolehkah perpustakaan membeli koleksi buku panduan/rujukan yang diterbitkan oleh persatuan-persatuan?
  • Boleh.
Bagaimanakah proses yang perlu dilakukan jika fakulti mempunyai bahan hadiah yang ingin diberikan kepada pihak perpustakaan?
  • Kami mengalu-alukan sumbangan bahan dari fakulti termasuk buku, jurnal, prosiding, kertas seminar dan sebagainya.
  • Sebarang hasil penulisan pelajar, staf pentadbiran dan akademik merupakan khazanah universiti dan akan diproses untuk dimuat naik ke repositori universiti . 
Bagaimanakah proses kelulusan cadangan buku dari fakulti dilaksanakan?

Proses kelulusan cadangan baharu adalah seperti berikut:

  1. Pencadang membuat pesanan
  2. Maklumat bahan akan dilengkapkan oleh Perpustakaan dan dikemukakan ke Dekan untuk sokongan.
  3. Cadangan yang telah disokong ini akan dibawa ke Mesyuarat JK Kelulusan Pembelian Buku & Majalah PTAR untuk kelulusan peruntukan.
Selain cadangan pembelian buku adakah staf dibenarkan membuat cadangan pembelian PDDT?
  • Cadangan bahan ebooks perlu dikemukakan ke Bahagian Pengurusan Terbitan Bersiri & Sumber Elektronik.
Apakah yang PTAR maksudkan sebagai Reading list?
  • Bahan reading list merupakan bahan yang disenaraikan sebagai bahan rujukan utama dan rujukan tambahan yang telah diterima dan disahkan oleh Unit Hal Ehwal Kurikulum (UHEK).
Siapakah yang boleh membuat cadangan bahan?

Kategori pencadanga adalah seperti berikut:

  1. Staf akademik
  2. Staf pentadbiran
  3. Sekretariat majlis Perwakilan Pelajar
0 (0 Votes)
UiTM Institutional Repositories Previous
Tags: faq
Most Recent